Kaedah pembelajaran luar bilik darjah
NAMA: LEE ZI ANN
NOMBOR KAD MATRIK: D20201094061
PROGRAM: ISMP MUZIK DENGAN KEPUJIAN
SUBJEK: KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
KUMPULAN: 16
NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMIR HASSAN DAWI
Kaedah pembelajaran luar bilik darjah.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuanuntuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajukatau konsep yang akan dipelajari, atau sebagai satu proses mempelajari. Domain pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran. Selainitu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalamkelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar,bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir danmenguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minatdan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul,memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni.
Model Kaedah
· Model pembelajaran luar bilik darjah 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
(padang sekolah, taman sekolah)
· Model pembelajaran luar bilik darjah 2: Berhampiran kawasan sekolah.
(kawasan kampung, luar pagar sekolah)
· Model pembelajaran luar bilik darjah 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
(lawatan terancang, pembelajaran secara atas talian)
Jenis – jenis kaedah pembelajaran luar bilik darjah
1. Kaedah Projek
Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya. Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru, bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan. Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar faham.
2. Kaedah Latih Tubi
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:
- mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
- bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.
3. Kaedah Eksplorasi - Penemuan
Kaedah eksplorasi–penemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan sebagainya semasa aktiviti di kebun.
Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul.
Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih berkesan, guru perlulah:
- menyediakan alatan.
- memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti.
- bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas aktiviti selesai.
- menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan supaya mereka lebih faham akan kegunaannya.
Kaedah lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya. Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas lawatan.
Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan kemudian guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid. Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang dilihat. Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid. Ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria. Sebagai contoh, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.
5. Kaedah pembelajaran dalam talian
Pembelajaran dalam talian mula digunakan seiring dengan perkembangan internet. Pembelajaran dalam talian adalah sama seperti pembelajaran biasa yang melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar dengan pelajar tetapi yang membezakannya ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka malah bertemu melalui ruang maya. Selain itu, penilaian dan pemantauan oleh tenaga pengajar juga dilakukan seperti pembelajaran biasa. Susulan dari penularan wabak Covid-19 pada masa kini, pembelajaran dalam talian kini diperluaskan dan kebanyakkannya digunakan oleh sekolah rendah, sekolah menengah, institut pengajian tinggi dan lain-lain. Pembelajaran dalam talian menyediakan beberapa platform yang dapat membantu meneruskan silibus pengajian demi memastikan pendidikan anak-anak tidak ketinggalan.
Pada kala COVID-19 melanda, pertemuan bersemuka antara guru dan pelajar digantikan secara dalam talian melalui aplikasi persidangan video seperti Zoom, Skype, MS Team, Google Hangout, Whatsapp, Google Meet dan macam-macam lagi aplikasi ada disediakan untuk menyokong pembelajaran norma baharu ini. Memandangkan aplikasi-aplikasi ini dianggap baru oleh sesetengah pendidik, mereka juga perlu diberi latihan yang intensif untuk memastikan pengajaran mereka berkesan kepada pelajar. Para pendidik juga perlu berguru, mendalami ilmu baharu ini demi memastikan ilmu yang dikongsi, maksima impaknya. guru memberi panduan bagaimana pelajar boleh mendapat ilmu dari pelbagai sumber dan kemudian dipersembahkan melalui aplikasi khas untuk pendidikan yang tersedia dalam talian. Guru yang kreatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok seperti mengarahkan pelajar mencari sendiri topik yang dibincangkan dalam talian. Pelajar boleh menggunakan GOOGLE dan E-BOOK untuk mencari dan membuart rujukan dalam talian. Rumusan dari pembacaan e-book, pelajar boleh mereka peta minda melalui aplikasi XMind, tugasan ini boleh juga dilakukan secara berkumpulan, yang mana kemahiran berkomunikasi, bekerja secara berkumpulan dan kepimpinan dapat diasah. Tambahan pula, guru juga boleh menggunakan aplikasi seperti Kahoot atau Quizizz untuk memberikan kerja rumah kepada pelajar dan boleh membantu guru menilaikan pelajar. Berbalik kepada peranan moderator, komunikasi antara guru dan pelajar tidak hanya terhad secara bersemuka, malah beberapa saluran tersedia seperti Telegram, Whatsapp, Google Classroom atau iMessage. Aplikasi ini membantu guru menyampaikan maklumat, mengingatkan tentang tugasan serta boleh menjadi platform sesi soal jawab.
Kesimpulannya, terdapat banyak kaedah pembelajaran luar bilik darjah yang boleh digunakan oleh para guru untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak hanya di kelas. Kaedah-kaedah ini juga akan meningkatkan minat pelajar belajar dan mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
Rujukan
Kamus
Dewan Edisi Keempat. (2017) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=picisan
Baharom Mohamad. (2015). Pengajaran &Pembelajaran. Kuala Lumpur:
PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Kaedah Pengajaran
& Pembalajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Fatimah Aini. (2018). Kaedah Pembelajaran Luar Bilik
Darjah. Academia. https://www.academia.edu/7418833/Kaedah_Pembelajaran_Luar_Bilik_Darjah
Wan Hasmain. (2020, June 25). Cabaran Pembelajaran
Online – Cadangan Mengatasinya. Jpkmalaysia. http://jpkmalaysia.com/cabaran-pembelajaran-online-cadangan-mengatasinya/
Juliet Robertson. (2017). Mengawali Kegiatan Belajar
di Luar Kelas. Crown House. https://belajardiluarkelas.org/wp-content/uploads/sites/7/2017/07/MEMULAI-PEMBELAJARAN-DI-LUAR-KELAS.pdf
Comments
Post a Comment